Souvenir corner

BAHA’S CAMP SOUVENIR CORNER, GUNUNG STONG STATE PARK




ASAL
 Baha’s Camp Souvenir Corner telah didirikan sekitar tahun 2005.Diuruskan sepenuhnya oleh Nik Rosli B.Nik Hussin atau lebih dikenali dengan nama “Abe Lee”.
Terletak pada ketinggian 450m,di puncak Air Terjun Jelawang ,Baha’s Camp Souvenir Corner bakal memberi  satu kelainan kepada pengunjung Taman Negeri Gunung Stong.
Di sini para pengunjung dapat membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan dengan harga yang amat berpatutan.


KESEDIHAN
Namun telah tersurat operasi Baha’s Camp Souvenir Corner terpaksa dihentikan, ekoran ”Abe Lee” terpaksa pulang ke kampung asalnya di Kg.Pulau Panjang,P.C.B,Kota Bharu,bagi meneruskan perusahaan keluarga..
Hampir 12 tahun mengabdikan diri di Baha’s Camp Gunung Stong State Park,dengan berat hati beliau terpaksa  melangkah meninggalkan cintanya kepada alam semulajadi..

KEBANGKITAN
Pertengahan tahun 2006,setelah mendapat persetujuan dari “Abe Lee”..Baha’s Camp Souvenir Corner kembali beroperasi..Sepasang suami isteri yang mana pada dahulunya merupakan teman kepada
Abe Lee”kembali menyambung  operasi pengurusan kedai cenderahati tersebut..
Mohd Rizal B.Yusof atau Ja serta isteri tercinta Rosnani Bt.Mhd Nor atau lebih mesra dengan panggilanChe Nie kembali memberikan nafas baru kepada kedai cenderahati ini…
DISYARATKAN
Masih meneruskan peraturan sebelumnya…iaitu produk yang dijual disini
TIDAK DIBENARKAN dijual di bawah”…ini adalah bagi memberi satu kelainan kepada semua pengunjung mahupun pendaki..Anda perlu memerah keringat terlebih dahulu sekitar tempoh 2jam perjalanan,sebelum tiba di sini..Inilah satu kepuasan..
Bagi menjamin produk yang ditawarkan di sini tidak terjual di tempat lain..,pembekal produk cenderahati perlu mematuhi  satu syarat yang telah diwarisi..
Antara pembekal produk yang membekalkan produk cenderahati di sini antaranya Maya Kraf,Abu Antanio,Yoe/Liya,Dean..dan terdapat beberapa lagi pembekal yang tidak mahu nama mereka disebutkan di sini..

EMPAYER
Kini bagi membentuk satu empayer Baha’s Camp Souvenir Corner telah didaftarkan di atas nama “BAHA TEAM RESOURCES”bernombor pendaftaran KT0280601-W.
Selain dari menjual produk cenderahati,pihak BTR juga menawarkan khidmat menyewa alatan-alatan penting  pada satu-satu XTVT perkhemahan antaranya:
Khemah…,lampu….,dapur.….., serta kasut yang lebih dikenali dengan nama”adidas kampong”dikalangan para pendaki ….
Bagi pengunjung yang mahu mendapat khidmat ‘”catering”,penyedian bermula dari a-z juga  di tawarkan..Pendaki tidak lagi perlu memikul bebanan makanan…dengan kata lain pendaki dapat melenggang”……setibanya di Baha’s Camp “Welcome tea” telah terhidang…
Pengunjung yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini boleh menghubungi pihak pengurusan BTR di talian +60199196014 @ +6012 9289054


Pemandu Pelancong (Nature Guide)
Pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat “Guider”boleh menghubungi pihak pengurusan “Baha Team Resources” yang menawarkan khidmat “Guider” yang bernaung dibawah “bendera” “Baha Adventure Team (B.A.T)”.. yang dahulunya diasaskan oleh Allahyarham Borhanuddin B.Hasan atau lebih mesra dengan panggilan
“Pak Da Baha”.sekitar tahun 1991…
Pengunjung tidak perlu risau,lantaran kesemua “Guider”mempuyai pengalaman yang cukup bagi membantu para pendaki untuk merealisasikan impian menawan
puncak-puncak gunung di sekitar Taman Negeri Gunung Stong,yang berkeluasan 21,950hektar,disamping memiliki “Lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi” yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Off Trek Trans Jelawang
Sehingga kini masih tidak ramai pendaki yang mengetahui bahawa tidak hanya Puncak Gunung Stong 1420m dan Gunung Ayam 1500m sahaja yang terdapat sekitar
kawasan “GSSP”..Antara puncak lain yang menjanjikan cabaran berbeza adalah:

  • Gunung Baha 1450m
  • Gunung Che Tahir 1430m   
  • Gunung Kob 1240m
  • Gunung Nyelit 1345m
  • Gunung Saji 1248m
  • Gunung Birut 1380m
  • Gunung Tera 1555m

Kepada semua pencinta alam semulajadi dan pengemar aktiviti mendaki gunung, boleh menghubungi pihak pengurusan “BAHA TEAM RESOURCES” untuk sebarang infomasi yang lebih terperinci….talian +60199196014 @ +60129289054 
senantiasa setia menanti panggilan anda.Sekian,terima kasih

BAHA TEAM RESOURCES (KT0280601-W)
Baha’s Camp,
Kampung Jelawang,
18200 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.

“BACK TO NATURE”
~magic of jungle~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan