GUNUNG STONG STATE PARK,KELANTAN,MALAYSIA
~GUNUNG STONG STATE PARK atau dahulunya lebih sinonim dengan nama ‘JELAWANG JUNGLE’,mungkin tidak asing
lagi bagi sesetengah insan yang menggemari aktiviti lasak seperti pendakian.
~Ia kaya dengan khazanah alam yang
masih terpelihara dengan flora dan faunanya.
~Aktiviti mendaki yang pasti menguji
tahap ketahanan mental dan fizikal seseorang disamping dapat memupuk sikap
saling bekerjasama di dalam kumpulan.
~Ia sesuai bagi semua peringkat umur
samada yang berpengalaman maupun yang pertama kali mencari secebis kenangan
bagi melupakan seketika kesibukan kerja harian dan ingin mencari kedamaian.
GUNUNG STONG STATE PARK
~GUNUNG STONG STATE PARK terletak di daerah
Dabong dalam jajahan Kuala Krai Selatan.
~Keluasannya meliputi 21,950 hektar,di
bawah pengurusan Jabatan Hutan Negeri Kelantan.
~Adalah Hutan Hujan Tropika yang
kaya dengan khazanah flora dan fauna seperti ‘Liquala Stongensis’,slipper
orchid-‘Paphiopedilum Barbatum’,gajah asia,siamang dan berbagai-bagai lagi.
BAHA’S CAMP
~Terletak 450m dari aras laut.
~Tempat persinggahan bagi pendaki
sebelum memulakan aktiviti pendakian ke puncak gunung.
~Seseorang perlu ambil masa 1-2 jam
pendakian untuk tiba di Kem Baha dari pintu masuk resort.
~Dibuka pada tahun 1991 oleh Arwah
Borhanuddin Bin Hassan @ lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Da Baha’.
LAIN-LAIN TEMPAT MENARIK
~Kolam Permaisuri
~Telaga Tujuh Puteri
-10 minit perjalanan dari Kem Baha.
-Terdapat beberapa lekukan
seperti bentuk telaga kecil.
~Last Waterfall
-Pertembungan dua punca air dari
Gunung Stong dan Gunung Ayam.
~View Point
-Tempat menikmati permandangan
matahari naik dan melihat kampung sekitar.
Off Trek Trans Jelawang
Sehingga kini masih tidak ramai pendaki yang mengetahui bahawa tidak hanya Puncak Gunung Stong 1420m dan Gunung Ayam 1500m sahaja yang terdapat sekitar
kawasan “GSSP”..Antara puncak lain yang menjanjikan cabaran berbeza adalah:
Untuk pertanyaan @ ingin membuat
sebarang tempahan,bolehlah terus menghubungi kami:
BAHA TEAM RESOURCES di talian +60199196014 @ +60129289054
Sekian,terima kasih.
BAHA
TEAM RESOURCES (KT0280601-W)
Baha’s
Camp,
Kampung
Jelawang,
18200
Kuala Krai,
Kelantan
Darul Naim.
‘BACK TO NATURE’
‘BACK TO NATURE’
MENEROKA GUA
~Terletak di Daerah Dabong,Kuala Krai,Kelantan.
~Mempunyai khazanah alam yang kaya dengan flora,fauna dan geologi alam.
~Cukup terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan.Antaranya gua batu kapur yang terdiri daripada Gua Gelap,Gua Pagar,Gua Keris dan Gua Ikan.
~Melibatkan penduduk setempat sebagai pemandu pelancong dan khidmat sokongan lain.
SAJAK GUNUNG STONG
Irama air terjun tepian gunung,
Nyanyian burung berbagai lagu,
Tiupan angin melambai daun,
Menarik hati insan melancong,
Bila memandang kemuncak tinggi,
Indahnya alam buana ini,
Udara bersih nyaman sekali,
Tenang perasaan bila di sini,
Bagai berada di alam seni,
Wajah gunung indah berseri,
Sesuai berehat bila kemari,
Menjadi lapang kusut di hati,
Sampainya rahmat dari ILLAHI,
Inilah gunung menyimpan sejarah,
Lukisan batu gambaran wajah,
Ramai orang datang melimpah ruah,
Mendaki tinggi bumi yang indah,
Melihat kesan yang sudah-sudah,
Buat kajian bukannya mudah,
Hakikat pasti mengenal ALLAH,
Tuhan yang satu wajib disembah.
~karya agung~
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN ISHAK
(AYOH MAT) PL MUBIS
PANORAMA STONG
Permandangan matahari naik daripada 'view point' di Kem Baha
Permandangan matahari naik
Telaga Tujuh Puteri
Permandangan 'kepala air' dari jalanraya
Kolam Permaisuri
Untuk pertanyaan @ ingin membuat sebarang tempahan,bolehlah terus menghubungi kami:
BAHA TEAM RESOURCES di talian +60199196014 @ +60129289054
Sekian,terima kasih.
BAHA TEAM RESOURCES (KT0280601-W)
Baha’s Camp,
Kampung Jelawang,
18200 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.
‘BACK TO NATURE’
Ssiapa y ingin mdaki gunung stong tarikh raya cina 2020 blh hubungi sy di no 0179630360..sy ingin join haiking krna sy tdak ckup org. Trma ksih
BalasPadam