BAHA’S CAMP SOUVENIR CORNER, GUNUNG STONG STATE
PARK
ASAL
Baha’s Camp Souvenir Corner telah didirikan sekitar tahun 2005.Diuruskan sepenuhnya
oleh Nik Rosli B.Nik Hussin atau lebih dikenali dengan nama “Abe Lee”.
Terletak
pada ketinggian 450m,di puncak Air Terjun Jelawang ,Baha’s Camp Souvenir
Corner bakal memberi satu kelainan
kepada pengunjung Taman Negeri Gunung Stong.
Di sini
para pengunjung dapat membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan dengan harga
yang amat berpatutan..
Namun
telah tersurat operasi Baha’s Camp Souvenir Corner terpaksa dihentikan, ekoran
”Abe Lee” terpaksa pulang ke kampung
asalnya di Kg.Pulau Panjang,P.C.B,Kota Bharu,bagi meneruskan perusahaan
keluarga..
Hampir
12 tahun mengabdikan diri di Baha’s Camp Gunung Stong State Park,dengan berat
hati beliau terpaksa melangkah
meninggalkan cintanya kepada alam semulajadi..
KEBANGKITAN
Pertengahan
tahun 2006,setelah mendapat persetujuan dari “Abe Lee”..Baha’s Camp Souvenir Corner kembali beroperasi..Sepasang
suami isteri yang mana pada dahulunya merupakan teman kepada
“Abe Lee”kembali menyambung operasi pengurusan kedai cenderahati
tersebut..
Mohd
Rizal B.Yusof atau “Ja” serta isteri tercinta Rosnani Bt.Mhd Nor atau lebih
mesra dengan panggilan“Che Nie” kembali memberikan
nafas baru kepada kedai cenderahati ini…
Masih
meneruskan peraturan sebelumnya…iaitu produk yang dijual disini
“TIDAK DIBENARKAN dijual di bawah”…ini
adalah bagi memberi satu kelainan kepada semua pengunjung mahupun pendaki..Anda
perlu memerah keringat terlebih dahulu sekitar tempoh 2jam perjalanan,sebelum tiba di sini..Inilah satu kepuasan..
Bagi
menjamin produk yang ditawarkan di sini tidak terjual di tempat lain..,pembekal produk cenderahati
perlu mematuhi satu syarat yang telah diwarisi..
Antara
pembekal produk yang membekalkan produk cenderahati di sini antaranya Maya Kraf,Abu Antanio,Yoe/Liya,Dean..dan terdapat
beberapa lagi pembekal yang tidak mahu nama mereka disebutkan di sini..
EMPAYER
Kini
bagi membentuk satu empayer Baha’s Camp Souvenir Corner telah didaftarkan di
atas nama “BAHA TEAM RESOURCES”bernombor pendaftaran KT0280601-W.
Selain
dari menjual produk cenderahati,pihak BTR juga menawarkan khidmat menyewa alatan-alatan penting pada satu-satu XTVT perkhemahan antaranya:
Khemah…,lampu….,dapur.…..,
serta kasut yang lebih dikenali dengan nama”adidas
kampong”dikalangan para pendaki ….
Bagi
pengunjung yang mahu mendapat khidmat ‘”catering”,penyedian bermula dari
a-z
juga di tawarkan..Pendaki tidak lagi
perlu memikul bebanan makanan…dengan kata lain “pendaki dapat melenggang”……setibanya di Baha’s
Camp “Welcome tea” telah terhidang…
Pengunjung
yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini boleh menghubungi pihak pengurusan BTR di
talian +60129289054 @ +60199196014
Pemandu Pelancong (Nature Guide)
Pengunjung
yang ingin mendapatkan khidmat “Guider”boleh menghubungi pihak pengurusan
“Baha Team Resources”
yang
menawarkan khidmat “Guider” yang bernaung
dibawah
“bendera” “Baha
Adventure Team (B.A.T)”.. yang dahulunya diasaskan oleh Allahyarham Borhanuddin B.Hasan atau lebih mesra dengan panggilan
“Pak Da Baha”.sekitar tahun 1991…
Pengunjung
tidak perlu risau,lantaran kesemua “Guider”mempuyai pengalaman yang cukup bagi
membantu para pendaki untuk merealisasikan impian menawan
puncak-puncak
gunung di sekitar Taman Negeri Gunung Stong,yang berkeluasan 21,950hektar,disamping
memiliki “Lesen
Pemandu Pelancong Alam Semulajadi” yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelancongan Malaysia.
Off Trek Trans Jelawang
Sehingga
kini masih tidak ramai pendaki yang mengetahui bahawa tidak hanya
Puncak Gunung
Stong 1420m dan Gunung Ayam 1500m sahaja yang terdapat sekitar
kawasan
“GSSP”..Antara puncak lain yang menjanjikan cabaran berbeza
adalah:
- Gunung Baha 1450m
- Gunung Che Tahir 1430m
- Gunung Kob 1240m
- Gunung Nyelit 1345m
- Gunung Saji 1248m
- Gunung Birut 1380m
- Gunung Tera 1555m
Kepada semua
pencinta alam semulajadi dan pengemar aktiviti mendaki gunung, boleh
menghubungi pihak pengurusan “BAHA TEAM RESOURCES” untuk sebarang infomasi yang lebih
terperinci….talian +60129289054 @ +60199196014 senantiasa
setia menanti panggilan anda.
Sekian,terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BACK TO NATURE”
~magic of jungle~
~magic of jungle~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan