Ahad, 30 Mac 2014


My true story at Baha’s Camp Jelawang Jungle

26 November 1994  adalah antara tarikh yg tidak dapat aku lupakan..
Pada tarikh inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Kem Baha..Pada tahun tersebut aku berada di tingkatan 4…tahun hurey2.. aku mengikut 4 orang rakan yang lebih tua daripada aku…Baha Dabong(bukan Pak Da Baha),Din,Mail dan Sudin..merekalah menjadi “Guide” aku pada masa tu…

Kami naik ke Kem Baha melalui “Trek Kampung”..memang pada masa tu aku “bertaubat” tak mahu naik lagi untuk kali ke 2..Laluannya pada masa tu Tuhan saja yang tahu….perghhh..doh lah masa tu musim banjir,hujan berek2..

Dipendekkan cerita. Kami tiba di Kem Baha +-pukul  5petang,aku terkejut bila aku tengok di Kem Baha ni ada beberapa pondok buluh,dan satu kantin..Baha menberikan salam,aku tanya soalan bodoh..bui sale ko sapo?
tuh….Pak Do..katonyo saing aku…weh ado ore sini…
Kami bersalaman..aku masih ingat sampai ko loni..Aku bertanyo kepada
“Pak Da”..”POKCIK BUAT GAPO SINI”..Dia hanya tersenyum..nih mari minum air te’o panah ni,,tahe sikit sejuk..

Pada hari tu hanya Pak Da sore yg ada di Kem..”ado bowok kemoh baha?tanya Pak Da kpd member aku..”Tak dok Pak Da balasnya Baha..Urmm pah tu nok tido mano?.aku tengok Pak Da skali lagi tersenyum…hah sudoh dohlah!! Pah  “Ja” nak tido mano?..TEKEJUT AKU,MANO DIO TAHU NAMO AKU NI..spontan aku tanyo Pak Da..Pok cik tahu mana nama kito?.Dia jawap tadi dia dengar saing aku panggil namo aku Ja…malu aku..kwakwa………..
Tokpolah malam ni g tido bilik depan tu..muat stakat 5 ore tu..katonya Pak Do..pah siap2 kul 8 gak marilah,kito make nasik skali”..pelawa Pak Da..

Malam tu hujan,,maso dok make nasik  tu aku bertanyo kepada Pak Da..”Pok cik lamo doh ko dok sini? Panggil “Pak Da” pesan dia pada masa tu..barujugok..balasnya Pak Da..
Malam tu Pak Da mintak kami masuk tido awal,,katonya  takut puok aku letih (memang pun huhuh)

Bila aku masuk dalam chalet,susah pulak nak jenero..maklumlah kali pertama camping dalam hutan…member2 lain dah berdekur..tinggal aku dengan Din..tiba-tiba………jeng-jejeng………..hehehhe
Bila aku amati deruan air terjun yang menerjah batu-batuan ia seakan seperti suara2 perempuan yang sedang menyanyi….(alah korang bayangkan tengok movie dulu2 babak dayang-dayang yang dok menyayi di sungai)…..lama pastu aku terlelap..

Esokkan harinya kami bangun +-kurang jam 8pagi…maklumlah hujan…tak kaba langsung..hehe..Pendekkan lagi cite..masa aku berjabat tangan dengan “Pak Da”  masa mahu pulang,aku terberitahu dia,,”Samalam kito dengar ado suara ore tino nyanyi..ramai…”Dio nok  suruh mari pulok lah tu”balas Pak Da..relek jah air muko…

Memang betul +-seminggu lepas aku balik,,aku sampai lagi di Baha’s Camp berseorangan…Kali ni aku setibanya aku untuk kali kedua di sambut dengan
1 senyuman dari Arwah Pak Da Baha…
Moral for this story..JANGAN SEBUT “tobat aku tak naik dah”….
Al-Fatihah buat arwah Pakda Baha……………………


~Tamat dulu~
My True Story~Ja tg9925( ja bogo)
13hb.mac 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan